Jumaat, 26 Disember 2008

Muliakan anak

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Ahad, 21 Disember 2008

Teka teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Murid 4 = ” Laut “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Murid 4 = ” Unta “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri “

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.


Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali BULAN - 12 kali HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali DARATAN - 13 kali LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

22 TANDA HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.


4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sabtu, 6 Disember 2008

KISAH TEMPAT TINGGAL ROH

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

1· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.


2· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.


3· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.


4· Roh para syuhada berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.


5· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.


Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-


1· Orang-orang yang mati syahid.

·

2 Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.


3· Orang yang puasa hari Arafah.

Khamis, 20 November 2008

SEKADAR RENUNGAN


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Rabu, 17 September 2008

ANDA INGIN TAHU?..APA-APA PUN ANDA PERLU TAHU!!!

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Allahumma Ballighna Ramadhan



Tajuk di atas merupakan cebisan dari hadits Nabi SAW yang berupa do’a beliau ketika masuk bulan Rajab dan Sya’ban. Secara lengkapnya doa tersebut disampaikan oleh Nabi SAW adalah sebagai berikut:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانٍ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ


“Ya Allah berkatilah hidup kami di bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan ramadhan”.


Adapun nash lengkap hadis tersebut adalah seperti yang termaktub dalam Musnad Imam Ahmad (1/259), beliau berkata:


حدثنا عبد الله ، حدثنا عبيد الله بن عمر ، عن زائدة بن أبي الرقاد ، عن زياد النميري ، عن أنس بن مالك قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل رجب قال : اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبارك لنا في رمضان وكان يقول : ليلة الجمعة غراء ويومها أزهر


Menceritakan kepada kami Abdullah, Ubaidullah bin Umar, dari Zaidah bin Abi ar-Raaqod, dari Ziyad an-Numairi, dari Anas bin Malik berkata, Adalah Nabi shallallohhu ‘alaihi wasallam apabila masuk bulan Rajab, beliau berdo’a ; “Ya Alloh berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Bulan Ramadhan. Kemudian beliau berkata, “Pada malam jumaatnya ada kemuliaan, dan siangnya ada keagungan.


Hadits diatas memang memiliki 2 kecacatan, iaitu:


Dari Ziyad bin Abdullah An-Numairy, Berkata Yahya bin Ma’in ; Haditsnya Dhaif.


Dan Abu Hatim berkata ; Haditsnya ditulis, tapi tidak (Boleh) dijadikan Hujjah.


Begitupun Abu ubaid Al-Ajry berkata; Aku bertanya kepada Abu Daud tentangnya, maka ia mendhaifkannya. Sementera itu Ibnu Hajr juga berkata : Ia Dhaif.


Adapun dari jalur kedua adalah diriwayatkan oleh Zaidah bin Abi Ar-Raaqod. Yang di dalamnya Al-Bukhary berkata: Haditsnya Mungkar. Dan Abu Daud berkata : Aku tidak mengenalnya. An-Nasa’i berkata : Aku tidak tahu siapa dia. Adz-Dzahaby berkata : Tidak boleh dijadikan hujjah.


Sementara itu pula, pada sudut lain, komentar Ahlul Ilmi juga menyebutkan tentang hadits diatas; Al-Baihaqi dalam Su’abul Iman (3/375) berkata, telah menyendiri Ziyad An-Numairi dari jalur Zaidah bin Abi ar-Raqad, Al-Bukhari berkata, Hadits dari keduanya adalah mungkar. Dan Imam An-Nawawi dalam Al-Adzkar (274) berkata, kami telah meriwayatkannya dan terdapat kedhaifan di dalam sanadnya.


Namun, sekalipun kedudukan haditsnya sedemikian rupa, tidak ada salahnya bagi kita untuk mengambil Ibrah darinya; iaitu senantiasa berharap kepada Allah untuk diberikan keberkatan, dan dipanjangkan umur selalu terutama pada saat memasuki salah satu bulan yang penuh dengan keberkatan.


Di dalam sedar ataupun terleka, hari ini kita sudah memasuki hari ke-14 Sya’ban, dan bererti tinggal 15 atau 16 hari lagi bulan Ramadhan akan tiba menjelang. Rasanya baru kelmarin kita berlebaran dan merayakan Idul Fitri, namun bulan Ramadhan telah hampir tiba kembali, kalau orang arab mengatakan “Ramadhan fi atabatil baab” (Ramadhan Sudah Di ambang Pintu). Cepat rasanya perjalanan masa meskipun setahun tak pernah kurang dari 12 bulan. Tapi syukur alhamdulillah kita masih diberikan kesihatan dan terus berharap bulan Ramadhan yang akan menjelang dapat segera kita hampiri dan menyusurinya. Justeru itu, marilah kita sama-sama membasahi bibir kita, dengan selalu melazimi doa tersebut “Ya Allah sampaikan umur kami pada bulan ramadhan”


Kerana Allah yang menggenggam umur kita semua, tidak ada yang mampu memanjangkan dan memendekkan umur manusia, kecuali Allah. Tidak ada yang bisa mengatakan bahawa diri saya akan sampai pada bulan ramadhan pada tahun ini, kecuali Allah. Dan tidak ada juga yang boleh menyangka bahawa dirinya akan sentiasa sihat dan mampu menjalankan ibadah-ibadah pada bulan ramadhan, kecuali semuanya bergantung kepada Allah. Oleh itu, selalu melazim doa tersebut “Ya Allah sampaikan umur kami pada bulan ramadhan”


Betapa banyak orang yang kelmarinnya sihat wal afiat, namun tidak mampu menemui bulan Ramadhan kerana telah dipanggil oleh Sang Maha Kuasa. Betapa banyak orang yang diberikan panjang umur hingga bulan ramadhan tiba, namun tidak boleh menjalankan ibadah dan aktiviti pada bulan Ramadhan tersebut oleh kerana sakit, lemah dan lain-lainnya. Dan lebih menyedihkan lagi betapa banyak orang yang diberikan kesempatan hidup, umur panjang dan kesihatan serta kemampuan, namun tidak mendapatkan keberkatan, kebaikan dan keampunan Allah SWT. Seperti yang disebutkan dalam khutbah nabi saw:


فإن الشقي من حُرِم غفران الله في هذا الشهر العظيم


"Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan yang agung ini."


Kerana itu kita selalulah kita membaca doa tersebut “Ya Allah S.W.T sampaikan umur kami pada bulan ramadhan”


Doa Nabi S.A.W ini: “Ya Allah sampaikan umur kami pada bulan Ramadhan” adalah dalam bentuk umum, dengan erti kita meminta kepada Allah S.W.T supaya diberikan umur sehingga memasuki bulan Ramadhan, kita memohon kepada Allah S.W.T supaya dapat melengkapi aktiviti dan ibadah pada bulan Ramadhan secara maksimum. Dan lebih-lebih lagi, kita memohon kepada Allah S.W.T agar kita termasuk orang yang mendapatkan keberkatan, keampunan dan dibebaskan dari api neraka pada bulan Ramadhan..Amin Ya Rabb.


Kini Bulan Ramadhan semakin menghampiri kita.. Bulan mulia, bulan Barakah dan Sejahtera.


Allah S.W.T telah memberikan bulan yang penuh dengan keampunan..Dan Rasul S.A.W pula telah mengagungkan bulan kerahmatan ini.


Sambutlah kedatangannya, Tunaikanlah perintah-Nya.. Teguhkanlah hati, mantapkan jiwa untuk meraih keredhaan-Nya


Jagalah Lisan dari ucapan dusta… dan jagalah telinga dari ungkapan nista


Jagalah mata dari penglihatan tercela… dan Jagalah jiwa dari nafsu amarah


Agar memperolehi darajat Taqwa… Ayuhlah kita sama-sama berpuasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.


Semoga puasa sentiasa menjaga kita, walaupun ujian menghadang tetaplah bersabar.. Kerana Allah telah menjanjikan… Syurga yang penuh kenikmatan


Iringilah selalu dalam ibadah, niat ikhlas kerana Allah.. dan ingatlah selalu Dzikir kepada-Nya


Perbanyaklah Ibadah untuk mendapat rahmat dan hidayah-Nya… dan perbanyaklah selalu doa untuk mendapatkan ampunan-Nya..


Jangan tinggalkan puasa dan qiamullaili.. dan jangan dilupakan pula tilawah qur’an dan tadabburnya..


Jangan malu mengajak tetangga, teman dan kerabat untuk berbuka bersama… niscaya pahala darinya kita dapat meraihnya..


Bersedekahlah selalu setiap harinya… Bayarlah zakat Fitrah sesuai dengan perintah-Nya.


Dan marilah kita selalu bersegera menunaikan perintah-Nya… nescaya kita meraih taqwa-Nya


Mari kita baca selalu doa para pendahulu kita… semoga Allah kelak akan memakbulkannya..


اللهم سلمني إلى رمضان وسلم لي رمضان وتسلمه مني تقبلاً


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Alah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan”.

Ahad, 10 Ogos 2008

KELEBIHAN BULAN SYA'BAN


"Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya.

Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan
rahmat Allah SWT.